MANCHESTER: Gabriel Jesus meledak empat gol menakjubkan ketika Manchester City membenam Watford 5-1 untuk menjarakkan kedudukan kepada empat mata mengatasi Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Bintang Brazil itu membuka jaringan hanya empat minit selepas perlawanan bermula, dan menambah gol kedua ada minit ke-23.
Watford yang bersaing untuk menyelamatkan diri dari tersingkir ke Liga Kejuaraan cuba memberi cabaran dengan merapatkan jurang 1-2 menerusi jaringan Hassane Kamara, minit ke-28.
Bagaimanapun, Rodri memastikan skuad The Citizens menutup babak pertama dengan selesa mendahului 3-1 menerusi gol di minit ke-34.
Memasuki babak kedua, City terus ganas dan meledak gol keempat selepas Jesus menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49.
Pada minit ke-53, Jesus melengkapkan hari gemilang pasukannya dengan meledak gol kelima.
Kemenangan itu City mengumpul 80 mata, empat mata mengatasi Liverpool yang akan menentang Everton esok. – AGENSI