Arsenal terus dirundung malang - Utusan Malaysia

Arsenal terus dirundung malang

Leandro Trossard meledak gol pembukaan Brighton ketika membantu pasukan itu menumpaskan Arsenal di Stadium Emirates, London hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mengharungi minggu paling malang apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh lima hari selepas tumbang 1-2 kepada Brighton di laman sendiri, sebentar tadi.

Dua kekalahan dan lima kali dibolosi menyebabkan misi Gunners untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris semakin berliku.

Kekalahan itu hadir tidak lama selepas anak-anak buah Mikel Arteta dibenam 3-0 oleh Crystal Palace, Selasa lalu.

Leandro Trossard mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan Brighton pada minit ke-28 selepas menyudahkan hantaran Enock Mwepu.

Mwepu yang melepasi kawalan Granit Xhaka menghantar bola kepada Trossard yang melepaskan rembatan kaki kiri ke penjuru kanan gawang.

Memasuki pertengahan babak kedua, Mwepu menambah derita Arsenal dengan menggandakan kedudukan menerusi voli cantik.

Seminit sebelum tamat permainan, tendangan Martin Odegaard dari jarak 30 ela memberi harapan buat Gunners dan merapatkan jurang 1-2, namun ia sudah terlalu lewat buat Arsenal melakukan kebangkitan.

PEMAIN Chelsea meraikan jaringan Timo Werner ketika menumpaskan Southampton.

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea bagaikan melepaskan geram susulan dua aksi buruk yang dicatat dalam perlawanan terdahulu apabila membelasah Southampton 6-0.

Blues tiba di Stadium St. Mary’s dengan dibayangi dua kekalahan di laman sendiri – tumpas 1-4 kepada Brentford dalam saingan liga dan 1-3 kepada Real Madrid pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Anak-anak buah Thomas Tuchel menunjukkan kesungguhan untuk bangkit dengan mendahului 4-0 pada separuh masa pertama sebelum menambah dua lagi gol di babak kedua.

Mason Mount dan Timo Werner masing-masing meledak dua gol, dua lagi jaringan dihasilkan oleh Marcos Alonso dan Kai Havertz.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Chelsea di tangga ketiga, manakala Arsenal gagal memintas tempat keempat daripada Tottenham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN