Arsenal benam Chelsea, nyalakan harapan buru kelompok empat terbaik

Arsenal benam Chelsea, nyalakan harapan buru kelompok empat terbaik

PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Eddie Nketiah ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge, London.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Eddie Nketiah muncul wira Arsenal apabila meledak dua gol untuk membantu Gunners menumpaskan Chelsea 4-2 hari ini, sekali gus menyalakan harapan memburu kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Tiga kali Arsenal mendahului pada malam dramatik di Stamford Bridge, di mana gol pertama hadir menerusi penyerang berusia 22 tahun itu pada minit ke-13.

Nketiah menewaskan pertahanan tuan rumah, Andreas Christensen sebelum tenang mengatasi penjaga gol, Edouard Mendy.

Rembatan lencong Timo Werner empat minit berselang menyamakan kedudukan buat Blues, namun Arsenal tidak menunggu lama untuk kembali di depan apabila umpanan Martin Odegaard disempurnakan oleh Emile Smith Rowe pada minit ke-27.

Perlawanan menjadi semakin rancak apabila hantaran lintang Mason Mount dari sayap kiri disudahkan dengan cantik oleh Cesar Azpilicueta untuk Blues kembali menyamakan pada minit ke-32.

Memasuki babak kedua, Nketiah terus menjadi ancaman buat Chelsea apabila tendangan Malang Sarr jatuh ke laluannya dan dia pantas melepaskan rembatan untuk gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-57.

Chelsea yang tertekan berdepan asakan berterusan melakukan kesilapan di hujung permainan apabila Azpilicueta menolak Bukayo Saka untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan.

Saka mengambil tendangan yang gagal diselamatkan Mendy untuk memastikan kemenangan 4-2 buat Gunners.

Arsenal kini berkongsi 57 mata dengan pasukan tangga keempat, Tottenham ketika saingan berbaki enam perlawanan, namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN