Kekalkan trio Arif, Luqman, Syafiq selepas menyerlah di Singapura

Arif, Luqman, Syafiq menyerlah di Singapura

Harimau Malaya
ARIF AIMAN HANAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua bintang muda, Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin, selain penyerang berpengalaman, Syafiq Ahmad dilihat sebagai pemain paling menyerlah dalam siri persahabatan Harimau Malaya di Singapura.

Dua pemain veteran, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Radzak pula masih mampu memberi sumbangan besar jika diturunkan sebagai gantian atau separuh masa, kata penganalisis bola sepak negara, Datuk Richard Scully.

Richard percaya, pemain-pemain ini antara yang harus dikekalkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon apabila dia kembali memanggil skuad kebangsaan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

“Bagi saya, Pan Gon berjaya menyerap susun atur pemain muda dan lama, malah sumbangan Safiq dan Aidil masih diperlukan dalam skuad. Saya tidak melihat mereka di puncak kerjaya sebaliknya di puncak prestasi.

“Mungkin daripada segi fizikal dan kecergasan, pemain-pemain senior ini hanya dapat berada separuh masa di atas padang tetapi itu pun sudah memberi sumbangan besar kepada pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Scully, biarpun Pan Gon memberi tumpuan kepada pemain yang sedang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M), namun Luqman Hakim, yang jarang mendapat tempat bersama kelabnya di Belgium, KV Kortrijk tidak harus disisihkan.

SYAFIQ AHMAD

Katanya, penyerang berusia 20 tahun itu mampu menjadikan permainan lebih rancak, dan membentuk gandingan baik bersama penyerang remaja Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman, selain Syafiq.

“Bagi saya, pemain yang menyerlah ialah Arif Aiman, Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad. Saya harap mereka diberi lebih banyak masa bermain pada masa akan datang,” katanya.

Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-154 dunia, menumpaskan pasukan No. 129, Filipina 2-0 dalam aksi persahabatan pertama pada 23 Mac lalu tetapi kalah 1-2 kepada Singapura (161), tiga hari kemudian.

Pasukan kebangsaan menutup siri persahabatan dengan menewaskan kelab Jepun yang beraksi dalam Liga Singapura, Albirex Niigata Singapura 3-0, Isnin lalu.

Cabaran sebenar Harimau Malaya adalah kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 8-14 Jun, di mana pasukan negara diletak dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.