Trofi MPFL kekal milik Selangor MAC - Utusan Malaysia

Trofi MPFL kekal milik Selangor MAC

PASUKAN Selangor MAC meraikan kejayaan muncul juara MPFL bersama penyokong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pasukan futsal Selangor MAC berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2022 selepas menewaskan Shah Alam City 1-0 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic, semalam.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan bertemu Pahang Rangers 13 Mac ini, bayangan trofi juara sudah pun berada dalam genggaman Selangor MAC.

Pada aksi Sirkit ke-8 ini, Selangor MAC diberi tentangan sengit sebelum Matheus Vasconcelos Silva memecah kebuntuan gol dengan jaringan tunggal pada minit ke-16.

Kemenangan tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukan pasukan itu dengan mengumpul 36 mata selepas 13 perlawanan.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkan kejuaraan selepas kami bermula dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan.

“Daripada situ pemain kembali bangkit dan berusaha keras dengan berjaya melakar kemenangan dalam 12 perlawanan berturut-turut,” kata jurulatih Selangor MAC, Addy Shairullyzam.

Selangor MAC sebelum ini menjuarai MPFL pada edisi 2019 sekali gus mengecewakan Pahang Rangers yang berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN