Tentera 'gugur' awal dari Piala Juara-Juara - Utusan Malaysia

Tentera ‘gugur’ awal dari Piala Juara-Juara

PEMAIN NS Antlers meraikan kejayaan menumpaskan ATM Guardians 21-14, 23-21 pada perlawanan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Malaysia Studio, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Diletak sebagai pilihan untuk merangkul kejuaraan berganda musim ini, ATM Guardians sebaliknya tersingkir awal daripada saingan Liga Juara-Juara STL hari ini.

Turun dengan reputasi sebagai juara Premier Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, Guardians ditunjukkan jalan keluar dari Kumpulan A selepas kalah mengejut 14-21, 21-23 kepada Negeri Sembilan (NS) di Iskandar Malaysia Studio.

Ini kekalahan kedua buat Guardians yang sebelum itu dikejutkan Johor Tigris semalam.

NS Antlers bimbingan Shahibol Mazlan mengiringi Johor Tigris ke separuh akhir dari Kumpulan A.

Perejam Antlers, Hafizul Hayazi Adnan menjadi duri dalam daging buat lawan apabila variasi rejamannya berjaya menambah kutipan mata untuk menjarakkan kedudukan kepada 15-7.

APIT kanan NS Antlers, Hafizul Hayazi Adnan (kanan) membuat libasan sambil cuba dihadang Afifuddin Razali dari ATM Guardians. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

ATM Guardians yang diketuai Norfaizzul Abd. Razak dilihat tidak mempunyai jawapan buat serangan Antlers yang terus di hadapan di kedudukan 18-10 sebelum menang 21-14.

Jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah membuat pertukaran memasukkan Hairul Hazizi Haidzir menggantikan Adam Aiman Zainol yang menyaksikan pasukan beraksi lebih baik.

Juara Premier itu mendahului 5-2 menerusi rejaman Afifuddin Razali namun kesilapan servis yang dilakukan memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan.

ATM Guardians kembali mendahului 12-10, namun Hafizul Hayazi sekali lagi mengutip mata hasil rejamannya untuk meletakkan Negeri Sembilan Antlers di hadapan 15-12.

Juara Premier itu enggan menyerah kalah dan memberi tentangan setelah Afifuddin membantu pasukan membolehkan berada di kedudukan 20-17.

Pasukan ATM Guardians itu sekali lagi gagal memanfaatkan kedudukan itu apabila melakukan kesilapan dan memberi ruang buat Negeri Sembilan Antlers menyelinap mencuri mata untuk menang 22-20. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya