Rusia jadi persona non grata sukan antarabangsa - Utusan Malaysia

Rusia jadi persona non grata sukan antarabangsa

PENCEROBOHAN yang dilakukan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan sukan negara itu menerima tempias apabila satu demi satu persatuan menyisihkan mereka daripada IOC, FIFA, UEFA, Ragbi Dunia hinggakan BWF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Disingkirkan daripada semua aktiviti bola sepak dunia dan Eropah, diangantung keahlian dalam Ragbi Dunia serta disisihkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) antara harga mahal yang terpaksa dibayar sukan Rusia angkara pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut menggesa semua persatuan sukan dunia dan penganjur antarabangsa mengharamkan atlet atau pa­sukan dari Rusia serta Belarus menyertai sebarang pertandingan.

Tindakan terhadap Rusia itu tidak selari dengan prinsip yang dibanggakan-banggakan IOC dan badan-badan sukan ­dunia selama ini, bahawa sukan sepatutnya sentiasa berkecuali dalam hal politik serta isu global.

Badan bola sepak dunia, FIFA dan Eropah, UEFA me­nyingkirkan skuad kebangsaan serta kelab Rusia daripada menyertai semua kejohanan, termasuk Piala Dunia dan Liga Juara-Juara.

Belarus

“Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu de­ngan semua yang terkesan di Ukraine,” kata FIFA dan UEFA dalam kenyataan bersama.

Tidak lama selepas itu, Ragbi Dunia pula mengumumkan keputusan menggantung keahlian Rusia, sekali gus menyebabkan peluang tipis mereka untuk layak ke Piala Dunia tahun depan tertutup terus.

“Ragbi Dunia mengulangi kritikan terhadap penaklukan agresif Rusia terhadap Ukraine dan usaha membantu yang dilakukan Belarus.

“Jawatankuasa Eksekutif hari ini mengambil keputusan mempertahankan keluarga ragbi dan pendirian teguh terhadap konflik berdasarkan cadangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

“Penggantungan penuh dan serta merta terhadap Rusia dan Belarus daripada semua aktiviti ragbi antarabangsa termasuk ragbi peringkat kelab sehingga diberitahu kelak,” kata kenya­taan Ragbi Dunia.

Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membatalkan semua kejohanan yang mendapat pengiktirafannya di Rusia dan Belarus sehingga diberitahu kelak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya