RM127 juta milik Smith, Rock jika 'bertumbuk' dalam gelanggang

RM127 juta milik Smith, Rock jika ‘bertumbuk’ dalam gelanggang

AKSI Will Smith menampar Chris Rock semasa Anugerah Oscar ke-94 pada hujung minggu lalu mengejutkan banyak pihak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Petinju selebriti, Jake Paul menawarkan AS$30 juta (RM127 juta) kepada Will Smith dan Chris Rock untuk bertarung di dalam gelanggang, sekali gus menyelesaikan perselisihan antara mereka selepas Smith menampar Rock pada majlis Anugerah Oscar, kelmarin.

Smith melangkah ke atas pentas dalam majlis yang disiarkan secara langsung di televisyen dan ditonton jutaan penonton sebelum menampar muka pelawak itu yang membuat jenaka keterlaluan ke atas penampilan isteri Smith.

Tindakan Smith tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada peminat, sebelum dia akhirnya meminta maaf.

Will Smith
Jake Paul

“Saya ada AS$15 juta (RM63.3 juta) untuk Will Smith dan AS$15 juta untuk Chris Rock. Ayuh lakukannya Ogos ini.

“Seseorang tolong hubungkan saya dengan wakil Will Smith di telefon secepat mungkin,” katanya di Twitter.

Dalam pada itu, Rock enggan memanjangkan insiden tersebut, malah tidak berhasrat mengheret Smith, yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik beberapa minit selepas kejadian itu ke pihak polis.

Pertarungan tinju membabitkan selebriti menjadi ‘trend’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menyumbang kepada peningkatan populariti individu seperti Paul dan abangnya, Logan yang menjadi terkenal di internet sebelum mereka beralih ke dunia tinju.

Walaupun idea tersebut menarik, kemungkinan pergaduhan membabitkan Smith dan Rock sudah berlaku sejak sekian lama.

Kedua-duanya sudah mengumpul kekayaan dalam kerjaya yang panjang dan Smith, yang memainkan watak petinju legenda, Muhammad Ali dalam filem biopik 2001 ‘Ali’, akan mempunyai kelebihan berbanding Rock apabila membandingkan dengan umur, ketinggian dan berat badan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.