NS Antlers 80 peratus yakin benam KL Thunder - Utusan Malaysia

NS Antlers 80 peratus yakin benam KL Thunder

PEMAIN NS Antlers meraikan kejayaan menumpaskan ATM Guardians 21-14, 23-21 pada perlawanan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Malaysia Studio, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kejayaan mengejutkan juara Liga Premier, ATM Guardians dalam aksi akhir kumpulan kelmarin, menaikkan semangat Negeri Sembilan (NS) Antlers untuk menjadikan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder mangsa kedua pada separuh akhir Piala Juara-Juara STL malam ini.

Rekod baik dalam dua pertemuan de­ngan pasukan ibu kota itu pada sai­ngan Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) meningkatkan keyakinan anak-anak buah Shahibol Mazlan untuk memburu tiket final apabila mereka berentap sekali lagi di Iskandar Malaysia Studios.

“Menentang pasukan paling konsisten dalam liga Premier (ATM Guardians) bukan tugas yang mudah, mengalahkan mereka menjadi motivasi buat pemain untuk meneruskan ren­tak permainan esok (hari ini).

“Bercakap mengenai motivasi, kami menewaskan KL Thunder dalam dua perlawanan liga, ini memberi keyakinan untuk me­ngulangi kejayaan tersebut.

“Saya 80 peratus yakin kami akan menang esok,” kata pengurus pasukan NS Antlers, Syaharin Ismail.

KL Thunder bakal berdepan misi sukar untuk mempertahankan kejuaraan.

Kata Syaharin, pemainnya sudah membuat persiapan terbaik menje­lang pertemuan malam ini dan jurulatih turut menekankan aspek pertahanan yang dilihat penting pada perlawanan itu.

Katanya, sandaran akan terus diletakkan kepada tekong, Haziq Hairol Nizam untuk menyerang dengan lebih berkesan selain membantu pasukan bertahan dengan baik.

“Pemain perlu pastikan first ball dimanfaatkan sebaiknya bagi mengutip mata begitu juga dalam keadaan dead ball. Dengan cara itu, kita akan peroleh kemena­ngan.

“Saya harap pemain tidak terlalu yakin sebaliknya beraksi mengikut perancangan ketua jurulatih selain mampu menyerap tekanan sepanjang perlawanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.