Melaka Titans elak cepat ‘koyak’ - Utusan Malaysia

Melaka Titans elak cepat ‘koyak’

BERAKSI di depan sokongan padu penyokong Johor Tigris malam ini tidak akan menggerunkan pemain-pemain Melaka Titans untuk memburu tiket ke final.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bakal berdepan Johor Tigris yang menerima sokongan padu penyokong tuan rumah malam ini, Ketua Jurulatih Melaka Titans, Riduan Ramli mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak mudah ‘koyak’ dalam pertemuan separuh akhir Piala Juara-Juara STL itu.

Juara Divisyen 1 itu harus mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang akan menjerat mereka gara-gara beraksi di bawah tekanan.

Riduan percaya, pasukannya memiliki kualiti untuk melakukan kejutan seperti yang dilakukan oleh KPT-Masum Knights ketika menewaskan Johor Tigris dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelmarin.

“Bagi saya, tidak bermakna mereka beraksi di laman sendiri ia memberi kelebihan buat mereka untuk layak ke final kerana kami juga mempunyai potensi dan kualiti untuk ke pentas akhir. Peluang itu sama rata antara kedua-dua pasukan.

KEHADIRAN penyokong akan menjadi kekuatan tambahan Johor Tigris.

“Mengenai sorakan penyokong yang cuba meruntuh semangat dan fokus pasukan, pemain hanya perlu pekakkan telinga sahaja agar tidak mengganggu konsentrasi mereka sepanjang permainan.

“Kunci kejayaan pada perlawanan hari ini adalah pemain perlu memberikan persembahan terbaik yang konsisten dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah selain pastikan semua serangan kita menjadi,” katanya.

Melaka Titans melangkah ke pusingan separuh akhir selepas merekodkan dua kemenangan ke atas Putrajaya Cyborg dan Penang Black Panthers.

JOHOR Tigris tidak rela kecewa di laman sendiri.

Riduan meletakkan harapan tinggi terhadap dua tekongnya, Sahidan Md. Ali dan Farid Abd. Aziz yang berperanan penting mengutip mata berharga hasil servis yang dilakukan bagi memberikan pasukan kelebihan mengatasi pihak lawan.

Katanya, persediaan menjelang perlawanan itu berjalan dengan lancar setelah pemain mendapat rehat secukupnya dan berada di tahap terbaik untuk diturunkan beraksi menentang pemenang kejuaraan musim 2019 itu.

“Saya harap mereka dapat menyerang dengan lebih tajam, itu akan membantu kita untuk mengawal permainan selain membantu rakan beraksi lebih baik ketika bertahan dan melakukan serangan balas, ini tanggungjawab yang mereka kena pikul,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya