Zverev mohon maaf serang pengadil - Utusan Malaysia

Zverev mohon maaf serang pengadil

Alexander Zverev menghempas raketnya ke kerusi pengadil ketika beraksi dalam acara beregu lelaki pada Terbuka Mexico ATP di Acapulco, Mexico semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Pemain No. 3 dunia, Alexander Zverev memohon maaf atas tindakan melampaunya pada kejohanan tenis Terbuka Mexico yang menyaksikan dia ‘disingkirkan’ daripada acara perseorangan kerana menyerang kerusi pengadil.

Gandingan Zverev bersama Marcelo Melo berada dalam aksi tie-break yang sengit menentang Lloyd Glasspool-Harri Heliovaara, dan mereka mula berang apabila pengadil menolak keputusan penjaga garisan.

Glasspool-Heliovaara kemudian berjaya mendapatkan mata perlawanan menerusi ace, dan Zverev yang berang pantas berjalan keluar lalu menghempas raketnya ke kerusi pengadil sebanyak tiga kali.

KEADAAN raket Alexander Zverev.

Bintang muda Jerman itu kemudian mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil dan mendakwa dia telah menghancurkan seluruh perlawanan.

Zverev sepatutnya beraksi pada pusingan kedua acara perseorangan menentang Peter Gojowczyk hari ini, namun Persatuan Tenis Profesional (ATP) mengumumkan juara Olimpik itu di­singkir daripada kejohanan ke­rana tiada semangat kesukanan.

“Saya menyesali perbuatan saya semasa dan selepas perlawanan beregu semalam. Secara peribadi, saya telah memohon maaf kepada pengadil kerana kemarahan saya terhadapnya dan saya kecewa dengan diri sendiri.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dan tiada alasan. Saya juga ingin memohon maaf kepada peminat, kejohanan dan sukan yang saya cintai,” tulis Zverev di laman Instagram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN