TSG pasukan terbaik Jelajah Sharjah - Utusan Malaysia

TSG pasukan terbaik Jelajah Sharjah

Terengganu Polygon Cycling Team cemerlang menutup Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu sebagai pasukan terbaik menerusi catatan masa 19 jam 53 minit 14 saat. – IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menamatkan siri Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan cemerlang apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik menerusi catatan masa 19 jam 53 minit 14 saat.

Pengurusnya, Mohd. Saiful Anuar Aziz berkata, pasukan bertaraf benua itu turut meraih kejayaan lain dalam kategori individu keseluruhan atau jersi kuning menerusi Anatoliy Budyak dan Sainbayar Jambaljamts.

Katanya, Budyak yang merupakan muka baharu TSG berada di kedudukan keempat dengan memungut 20 mata manakala Sainbayar (tempat keenam).

“Dalam perebutan jersi hijau atau raja pecut pula, Sainbayar mendapat tempat kelapan keseluruhan sepanjang lima peringkat perlumbaan dan Budyak pula di tempat keempat dalam kategori raja bukit atau jersi polka dot,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pada kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, TSG meraih satu kedudukan podium menerusi Budyak yang menamatkan perlumbaan peringkat ketiga di tempat kedua.

Jelajah Sharjah didominasi pelumba veteran daripada Shabab Al Ahli Cycling Team, Grega Bole yang membolot jersi kuning dan hijau manakala jersi polka dot pula menjadi milik pelumba Maghribi, Anass Ait El Abdia yang mewakili Al Shafar Jumeirah Cycling Team.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya