Perebutan slot skuad kebangsaan sengit - Utusan Malaysia

Perebutan slot skuad kebangsaan sengit

AKSI cemerlang Zaim Razali (kanan) bersama Penang Black Panthers meletakkannya di bawah pemerhatian skuad kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persaingan sengit yang dipamerkan semua pasukan dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) memberi petanda tanda positif buat persiapan Malaysia ke Sukan SEA di Hanoi, Mei depan.

Ramai pemain berjaya me­lakukan pertahanan dan sera­ngan baik, sekali gus menyaksikan semua pasukan saling kejar-mengejar mata sehingga ke mata penamat sepanjang saingan Liga Premier.

Jurulatih skuad sepak takraw negara, Khairudin Adenan berkata, biarpun sudah memanggil sembilan muka baharu pada awal tahun untuk melengkapkan senarai 21 pelatih skuad kebangsaan, namun beliau tidak menolak kemungkinan ada lagi pemain akan dipanggil.

“Beberapa pemain yang saya pilih masih dalam pemerhatian dan mereka akan dipanggil sejurus selepas tamat STL untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada persiapan ke temasya Sukan SEA.

“Setiap pasukan berjaya menunjukkan peningkatan dalam mutu permainan mereka kerana persembahan yang dipamerkan amat baik terutama dari segi pertahanan.

“Banyak pasukan berjaya membawa perlawanan ke pusi­ngan tie-break, sekali gus me­nunjukkan persaingan yang bagus dalam setiap perlawanan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Kejayaan Zaim Razali merangkul anugerah pengumpan terbaik pada minggu kedua STL minggu lalu membuatkan pemain itu berpotensi untuk mengisi kedudukan apit kiri negara selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Penang Black Panthers.

Bagaimanapun, nama pemain berusia 26 tahun itu dilihat tiada dalam senarai pemain baru yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya