Kedah Eagles halang Labuan Drillers daripada terus 'menggerudi' - Utusan Malaysia

Kedah Eagles halang Labuan Drillers daripada terus ‘menggerudi’

AKSI di antara Kedah Eagles (kuning, hijau) menentan Labuan Drillers dalam saingan Divisyen 1, STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedah Eagles menyekat percubaan Labuan Drillers untuk terus lakar kejutan apabila mencatat kemenangan straight-set dalam aksi Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Labuan yang perlu beraksi dua perlawanan hari ini, gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terpaksa akur di tangan Kedah yang melakar kemenangan sengit 23-21 di set pertama.

Pertarungan yang bersambung dalam set kedua terus memihak kepada Kedah apabila mereka mempamerkan persembahan konsisten untuk menang 21-9.

Kedah kini menghuni tangga kedua Kumpulan B di belakang Terengganu Turtles dengan  dua mata hasil satu kemenangan, manakala Labuan berada di tempat ketiga juga dengan dua mata selepas mengejutkan Pahang Mammoth pada aksi petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya