Kajang United raih kejuaraan sulung - Utusan Malaysia

Kajang United raih kejuaraan sulung

KAJANG United BC meraikan kejayaan muncul juara Badminton Remaja Purple League 2021/2022 di Cyberjaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Remaja Purple League (ACPLJ) 2021/2022 melabuhkan tirainya di Cyberjaya semalam dengan dramatik apabila Kajang United BC (KUBC) muncul juara selepas menewaskan Ayer Itam BC menerusi 176 mata berbalas 122 dalam saingan akhir.

Aksi yang berlangsung di House of Champions, Gem In Mall itu menyaksikan beregu campuran KUBC tidak perlu bermandi peluh apabila lawan mereka menarik diri di saat akhir, sekali gus memberi kemenangan percuma 3-0 (11-0, 11-0, 11-0).

Ayer Itam BC bagaimanapun cuba bangkit pada perlawanan kedua menerusi perseorangan lelaki,Tan Wei Liang yang menewaskan Amirul Imran 11-10, 11-10,11-6 menjadikan kedudukan 3-3.

Situasi seakan berpihak kepada Ayer Itam BC pada perlawanan ketiga apabila perseorangan perempuan mereka Oo Shan Zi menang 3-1 (6-11, 11-9, 11-6, 11-10) ke atas Lee Yu Shan, selain kemenangan sensasi Chong Jenson-Ooi Yi Hern ke atas Goh Yi Qin-Wong Zhi Kang dalam beregu lelaki 3-2 (7-11, 10-11, 11-10, 11-8, 11-8).

Bagaimanapun nasib memihak KUBC apabila mereka sekali lagi diberi kemenangan percuma 3-0 selepas Ayer Itam BC mengambil keputusan menarik diri.

“Kami telah melakukan persiapan sejak tahun lalu meskipun diselubungi dengan pandemik tetapi mereka tetap bekerja keras dan menunjukkan keinginan dan semangat yang tinggi untuk menang.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Malaysia Purple League (MPL) kerana telah memberi platform kepada pemain-pemain muda untuk beraksi secara kompetitif bagi memastikan mereka boleh mengutip seberapa banyak pengalaman,” kata ketua jurulatih Kajang United, Fung Seng.

Dalam pada itu, Perling BC melakar kejayaan muncul juara kategori bawah 15 tahun selepas menumpaskan Butterworth BC 10-7.

Kajang United BC membawa pulang wang tunai RM10,000, manakala Perling BC yang mengungguli kategori B-15 meraih RM5,000, sementara naib juara kedua-dua kategori berpuas hati dengan wang tunai berjumlah RM5,000 dan RM2,500. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya