Bedah siasat punca kegagalan Malaysia di Kemboja - Utusan Malaysia

Bedah siasat punca kegagalan Malaysia di Kemboja

MALAYSIA tersingkir pada Kejohanan AFF B-23 di Kemboja selepas kalah 0-2 kepada Laos malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bedah siasat perlu dilakukan untuk mencari punca kekalahan skuad bawah-23 tahun (B-23) kebangsaan kepada Laos semalam, yang sekali gus membawa kepada penyingkiran Malaysia pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 di Phnom Penh, Kemboja.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua pihak bertanggungjawab, terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengkaji bagaimana negara yang sebelum ini kurang menyerlah dalam bola sepak Asia Tenggara boleh mengejutkan Malaysia kali ini.

“Saya rasa semua pihak terlibat dengan bola sepak perlu mencari jalan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan mesra bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Kegagalan Malaysia dalam Kejohanan AFF B-23 di Kemboja malam tadi membuka mata semua pihak untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air.

AHMAD Faizal Azumu dalam perhimpunan mesra bulanan Kementerian Belia dan Sukan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

“Saya berpandangan bukan saja FAM, tetapi semua pemain, orang di sekeliling seseorang pemain, keluarga mereka dan sebagainya perlu memberi sokongan sepenuhnya.

“Perlu memahami bagaimana hendak menjadikan seseorang pemain itu lebih berjaya dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemain dan keseluruhan pasukan.

“Ini perkara yang perlu dilihat secara holistik, bukan semata-mata dengan menukar jurulatih, pengurusan, menukar presiden FAM. Ia tidak memberikan apa-apa makna jika keseluruhan ekosistem dalam sukan itu tidak diperbetulkan.

“Saya fikir untuk memperbetulkannya, kita bermula dengan diri sendiri. Sebagai penyokong juga, kita perlu melihat perkara itu dengan cara yang boleh membantu, bukan menekan atau merosakkan,” katanya.

AKSI Malaysia ketika menentang Laos malam tadi.

Semalam, skuad muda negara gagal ke separuh akhir selepas tewas 0-2 kepada Laos iaitu kekalahan kedua berturut-turut kepada lawan sama.

“Apa yang kita lihat dengan pasukan bola sepak kita, lebih-lebih lagi terhadap pasukan bawah 23 ataupun pemain yang akan mewakili negara pada satu masa nanti.

“Bagi saya, apabila mereka tewas, mereka perlu buat ‘post mortem’ (bedah siasat). Perlu cari punca… kenapa tewas dan kenapa pasukan yang sebelum ini tidak begitu menyerlah tetapi sekarang boleh tewaskan kita dengan mudah.

“Jadi saya fikir semua pihak terbabit dalam sukan bola sepak kena cari jalan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembalikan kegemilangan sukan bola sepak di negara kita,” kata Ahmad Faizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya