fbpx

20 Mei 2022, 3:18 am

  TERKINI

Serbegeth Singh meninggal dunia

SHEBBY SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby meninggal dunia  ketika sedang berbasikal, hari ini.

Polis mengesahkan bekas pemain Kuala Lumpur dan pemerhati bola sepak berusia 61 tahun itu meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, pukul 7 malam tadi.

Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak memberitahu, dia mengetahui mengenai perkara tersebut menerusi kumpulan WhatsApp berbasikal.

“Saya ada nampak beliau berbasikal dengan memakai baju dan basikal putih petang tadi dan sempat melambai tangan kepadanya apabila berselisih di jalan.

“Memang nampak dia kepenatan ketika itu. Tadi dalam pukul 8 malam saya terima gambar dan berita tentang kejadian itu dalam WhatsApp,” katanya yang juga jiran di perumahan sama dengan Shebby.

Shebby memulakan kerjaya  bola sepak sebagai pemain pertahanan bagi pasukan Johor sebelum berpindah ke pasukan Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan dan Pahang sebelum menamatkan kerjayanya bersama Perak pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia serta merupakan pemerhati bola sepak.

Bukan sahaja mencipta nama di Malaysia, malah mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

POPULAR

KOSMO! TERKINI