Pemilik Newcastle ‘ceramahkan’ pemain selepas dimalukan kelab Liga 1 - Utusan Malaysia

Pemilik Newcastle ‘ceramahkan’ pemain selepas dimalukan kelab Liga 1

Pemain Cambridge United meraikan kejayaan menyingkirkan Newcastle United pada pusingan ketiga Piala FA di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne kelmarin. – IHSAN CAMBRIDGE UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe dan pemain The Magpies dikejutkan dengan kehadiran pemilik kelab dalam bilik persalinan sejurus selepas dimalukan 0-1 oleh kelab Liga Satu, Cambridge United pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Jaringan Joe Ironside pada minit ke-56 memberi kemena­ngan dramatik buat Cambridge di depan Yasir Al-Rumayyan, pemilik Dana Pelaburan Awam yang memiliki 80 peratus saham Newcastle.

Rumayyan yang diiringi pe­ngawal peribadi melawat bilik persalinan yang dalam kesedihan bersama Amanda Staveley dan suaminya, Mehrdad Ghodoussi yang memiliki 10 peratus saham.

Selepas memberi ‘ceramah’ kepada pemain, mereka kemudian bertemu Howe dan barisan kejurulatihan.

“Mereka datang untuk melihat pemain. Saya tidak berada di sana ketika itu dan tidak pasti apa yang diperkatakan kepada pemain, mereka kemudian bertemu saya dan seluruh barisan jurulatih serta pemain.

“Saya percaya mereka ­berada di belakang pasukan selepas melihat kesungguhan kami dalam perlawanan ini dan bagaimanapun pemain berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris. Saya berterima kasih untuk sokongan itu.

“Apa pun yang diperkatakan, saya percaya pemain mende­ngar dan memberi perhatian kerana perjalanan yang kami lalui sekarang serta perjua­ngan yang kami hadapi untuk kekal memerlukan usaha semua orang di kelab,” kata Howe.

Selain tersingkir dari Piala FA, Newcastle juga berada di ambang bahaya dalam Liga Perdana apabila menghuni kedudukan kedua tercorot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya