DEMI cinta terhadap sepak takraw dan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba di Senaling, Kuala Pilah, kapten Putrajaya Cyborg, Suhairi Sulaiman sanggup berulang-alik dari Negeri Sembilan ke ibu negara. Sepanjang pusingan pertama Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 berlangsung di Stadium Titiwangsa sejak awal bulan ini, Suhairi yang lebih mesra disapa Cikgu Cherry perlu membahagikan fokus sebagai pemain dan guru. Dia yang memulakan karier sebagai…