NS Antlers jinakkan Selangor Pistons - Utusan Malaysia

NS Antlers jinakkan Selangor Pistons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memanfaatkan kelebihan dengan barisan pemain berpengalaman, Negeri Sembilan Antlers melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor Pistons dalam perlawanan sengit Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, dalam saingan set pertama mereka terpaksa akur dengan kelajuan libasan tekong Selangor, Muhammad Haziq Hairul Nizam sehingga menyerah kalah menerusi keputusan 15-21.

Dalam set kedua, Negeri Sembilan Antlers, bagaimanapun, berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 apabila mencatat kemenangan tipis 21-18.

Permainan yang diheret sehingga ke set penentuan akhirnya berpihak kepada negeri minangkabau itu setelah memperoleh kemenangan 21-10.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan sulung buat Negeri Sembilan Antlers setelah tewas di tangan Penang Panthers, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.