Norza jadi 'jambatan' antara PSM, Astaf - Utusan Malaysia

Norza jadi ‘jambatan’ antara PSM, Astaf

AKRAMUDDIN Abdul Aziz (kiri) dan Mohamad Norza Zakaria dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Liga Sepak Takraw 2022, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini. - SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil campur tangan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menjadi jambatan bagi memulihkan kemelut yang berlaku antara Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah membolehkan penganjuran Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 dapat diserikan dengan kehadiran pemain import.

Menerusi usaha tersebut juga, Astaf turut membenarkan pengadil yang bernaung di bawah badan induk sepak takraw Asia itu mengadili perlawanan-perlawanan STL bagi musim ini.

Pemangku Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz Safiat mengucapkan terima kasih kepada Norza kerana sudi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda STL.

KUALA LUMPUR Thunder muncul juara Sumbangsih selepas menumpaskan Bomba Fighters dalam STL 2021/2022 yang membuka tirai malam ini.

“Alhamdulillah hubungan baik antara Presiden MOM dengan Datuk Halim Kadir (Presiden ASTAF) membolehkan masalah ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Tan Sri Norza dan Datuk Halim yang memberi kebenaran bagi membolehkan pemain import dan pengadil bertaraf antarabangsa di bawa menyertai STL.

“Seperti kata Tan Sri, Datuk Halim ini nampak sahaja garang wajahnya tapi dalam hati dia seperti ada bunga dalam taman,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Emas Anuar STL 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, malam ini.

AKSI Kuala Lumpur Thunder menentang Bomba Fighters dalam perlawanan Sumbangsih merasmikan STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini. – SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, mengulas pula mengenai ganjaran untuk musim ini, beliau memberitahu, pihak Astro telah sudi untuk menaikkan hadiah wang kemenangan daripada RM50,000 kepada RM100,000 untuk juara, manakala bagi naib juara ditingkatkan daripada RM25,000 kepada RM50,000.

Akramuddin, memberitahu, pihaknya juga merancang untuk membawa penganjuran STL ke Malaysia Timur jika tiada halangan.

“Tidak ada kemungkinan yang tidak boleh kita lakukan, semuanya boleh dilaksanakan, kita akan usahakan kerana sepak takraw mempunyai ramai peminat di negara ini,” jelasnya.

Ketika ditanya pula tentang Piala Juara-Juara yang bakal dilangsungkan di Johor, beliau berkata, PSM memang bercadang untuk membawa kelab-kelab luar beraksi dalam pertandingan tersebut.

Tambahnya, jika berjaya dilaksanakan, prestij kejohanan tersebut pasti akan dapat ditingkatkan.

“Kita mempunyai keakraban dengan Astaf, jadi Insya-Allah hasrat ini pasti mampu kita laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza pula berkata, sepanjang lapan tahun penganjuran, STL berjaya mengembangkan sukan sepak takraw ke persada antarabangsa.

“Malah, bagi musim ini liputannya juga kian meluas apabila Astro berjaya membawa penyiaran STL ke beberapa buah negara seperti Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia dan Hong Kong,” ujar beliau.

Beliau berharap STL akan dapat melahirkan lebih ramai pemain pelapis untuk negara, selain, menjadikan sukan sepak takraw lebih popular di pentas antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya