fbpx

Menteri mahu jumpa BAM, Zii Jia

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut yang melanda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut Ahmad Faizal, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak dalam masa terdekat untuk cuba menyelesaikan isu tersebut.,

“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Pada hemat saya isu di antara BAM dan Lee Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendokong serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.

https://fb.watch/aGs8pnL84h/

“BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Saya akan bertemu dengan kedua belah pihak dalam masa terdekat.

“Kita tidak seharusnya mempertaruhkan masa depan pemain dan kedudukan Malaysia di pentas badminton antarabangsa,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan juara All England, Zii Jia dalam kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa dari 18 Januari.

Ia susulan keputusan juara pemain No. 7 dunia itu mahu meninggalkan BAM menerusi surat peletakan jawatan yang dihantarnya pada 11 Januari lalu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI