Lingard berang MU sekat perpindahan ke Newcastle - Utusan Malaysia

Lingard berang MU sekat perpindahan ke Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jesse Lingard kecewa dengan layanan yang diterima di Manchester United selepas kelab itu mahu menangguhkan perpindahannya ke Newcastle United.

Bintang sayap England itu sedia untuk pergi secara percuma pada penghujung musim ini, namun dia berharap dapat berpindah dari United pada jendela perpindahan Januari.

Lingard, 29, menikmati tempoh pinjaman yang menakjubkan bersama West Ham musim lalu dan kembali ke Old Trafford dengan janji bahawa dia akan diberikan kedudukan tetap di dalam pasukan utama.

Bagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer gagal memenuhi janji itu dengan Lingard hanya bermain selama 88 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menurut ESPN, United meminta Newcastle menampung gaji Lingard selain membayar yuran pinjaman 2.5 juta pound (RM14.2 juta) dan 12 juta pound (RM67.8 juta) lagi jika berjaya mengelak penying­kiran menjadikan kos keseluruhan lebih 15 juta pound (RM84.8 juta).

United telah menolak tawaran Newcastle untuk Lingard termasuk yuran pinjaman 6 juta pound (RM33.9 juta) walaupun kelab itu bersetuju untuk meminjamkan Anthony Martial ke Sevilla secara percuma.

ANTHONY Martial dipinjamkan kepada Sevilla.

Terdapat keraguan dalam kalangan wakil Lingard bahawa dia dilayan dengan berbeza kerana enggan menandatangani kontrak baharu dan boleh meninggalkan Old Trafford secara percuma pada 30 Jun depan.

Motivasi utama yang mendorong Lingard untuk me­ninggalkan Old Trafford lebih awal kerana mahu mendapatkan lebih minit permainan.

Dia amat terdesak untuk kembali semula ke dalam skuad England menjelang ­Piala Dunia 2022 di Qatar yang bermula November depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya