Liga Malaysia jadi pilihan terakhir pemain ASEAN? - Utusan Malaysia

Liga Malaysia jadi pilihan terakhir pemain ASEAN?

Liga Malaysia dikatakan gagal memikat bintang Asia Tenggara biarpun menawarkan gaji lumayan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Malaysia (Liga M) belum mencapai stan­dard tertinggi sehingga dijadikan pilihan terakhir bintang-bintang pasukan Asia Tenggara (ASEAN) untuk bermain.

Perkara itu diakui pengasas bersama Exeliq Sports Management Sdn. Bhd., Faidauz Azhar yang mendedahkan sukar untuk menarik nama-nama besar ASEAN beraksi di Malaysia susulan kualiti Liga M yang ke­tinggalan berbanding Liga Thailand.

Ketika ini, antara pemain bintang ASEAN yang beraksi di Liga M adalah Safuwan Baharudin (Singapura), Saddil Ramdani (Indonesia) dan Kevin Ray Mendoza (Filipina).

Bagaimanapun, pemain dari Vietnam dan Thailand lebih gemar bermain di Thailand, Jepun atau Korea Selatan.

PERTAHANAN Singapura, Safuwan Baharudin (dua, kanan) menjadi tonggak penting Selangor FC.

“Kami menghadapi banyak masalah untuk mengisi kuota ASEAN kerana tidak ramai yang mahu datang ke sini biarpun kami cuba mendekati mereka.

“Ia berikutan kualiti liga, jadi pemain yang memiliki nama akan menjadikan Malaysia sebagai pilihan terakhir kerana mereka lebih sanggup bermain di divisyen kedua Liga Thai.

“Pilihan utama mereka adalah Korea dan Jepun tetapi tidak mudah untuk beraksi di sana. Gaji-pemain ini juga adalah mencecah lima angka,” katanya.

Dalam pada itu, ejen bola sepak terkenal negara, Effendi Jagan Abdullah turut mengakui perkara yang sama berkenaan kesukaran memujuk bintang ASEAN beraksi di kancah Liga M.

“Bukan tiada tetapi sukar untuk mendapat pemain bintang dan berkualiti untuk di bawa ke Liga Malaysia kerana mereka semua lebih memilih beraksi di Jepun, Korea, Vietnam atau Thailand,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.