Kelantan Warriors sedia 'mengganas' semula - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors sedia ‘mengganas’ semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Trio Kelantan Warriors Zulkifli Abdul Razak (tekong), Eqbal Shamsudin (perejam) dan Aidil Aiman Azmawi (pengumpan) semakin serasi sejak digandingkan pada pertemuan menentang Selangor Pistons minggu lalu, dan bersedia untuk terus ‘mengganas’ apabila aksi minggu keempat Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 bersambung hari ini.

Situasi itu memberi kelegaan kepada pengendali Kelantan, Azhar Sarbini berkata, apatah lagi cabaran yang bakal dihadapi minggu ini amat getir dengan menentang pasukan yang menunjukkan peningkatan ketara, Putrajaya Cyborg hari ini, diikuti pendahulu liga, ATM Guardians pada Ahad.

“Alhamdulillah situasi itu amat menggembirakan saya dan Apa yang telah ditunjukkan oleh trio ini wajar diberikan pujian kerana mereka dilihat bekerja dengan keras untuk membantu gandingan mantap tersebut.

“Besar harapan saya untuk melihat mereka meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan akan datang bagi memastikan Kelantan Warriors berada dalam kedudukan terbaik musim ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengulas pertemuan menentang Putrajaya Cyborg dan ATM Guardians, Azhar atau Cikgu Add menyifatkan aksi itu cukup mencabar.

Beliau bagaimanapun optimas barisan pemain Kelantan Warriors mampu ‘menyerap’ tekanan pada pertemuan itu nanti.

“Kedua-dua pasukan itu berada dalam prestasi terbaik ketika ini, jadi kami perlu waspada dengan kemampuan mereka,” ujarnya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, wakil pantai timur itu menduduki tangga keenam dalam carta liga hasil tiga kemenangan iaitu keatas Perak Bison, Selangor Piston dan Johor Tigris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya