Halo Telco bertukar 'Hijau Kuning' - Utusan Malaysia

Halo Telco bertukar ‘Hijau Kuning’

KHAMAL Idris Ali (dua, kiri) bersama Mohd. Shukrie Rahim (dua, kanan) selepas menandatangani perjanjian rakan rasmi telekomunikasi antara KDA Fc dan Halo Telco di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini menjalin kerjasama bersama syarikat telekomunikasi, Halo Telco untuk tempoh setahun.

Menurut Ketua Pegawai (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali, kerjasama tersebut julung kali diadakan dengan pihak Halo Telco sebagai sebahagian strategi pemasaran dalam menjana pendapatan kelab.

Menurutnya, Halo Telco akan mengeluarkan kad sim edisi khas versi KDA FC untuk dimiliki oleh para penyokong pasukan berkenaan.

“Ini satu pendekatan baharu di Kedah dan kita harapkan usaha ini mendatangkan kejayaan untuk jangka masa pendek dan panjang. Melalui kerjasama ini, Halo Telco akan menjadi rakan rasmi telekomunikasi KDA FC bagi musim 2022.

“Kami di KDA FC mengucapkan terima kasih kepada Halo Telco di atas kesudian untuk bersama bagi urusan penjenamaan dan penajaan bagi mengharungi persaingan musim 2022,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KDA FC di sini hari ini.

KHAMAL Idris Ali (kiri) bersama Mohd. Shukrie Rahim selepas menandatangani perjanjian rakan rasmi telekomunikasi antara KDA Fc dan Halo Telco di Alor Setar, hari ini. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Terdahulu beliau bersama CEO Halo Telco, Mohd. Shukrie Rahim menandatangani perjanjian tersebut serta saling bertukar dokumen berkaitan.

Sementara itu Mohd. Shukrie berkata, keazaman ditunjukkan KDA FC untuk bersaing setiap musim, selain kekuatan dimiliki penyokong pasukan itu menjadi antara daya penarik yang membawa syarikat tersebut untuk bekerjasama bersama KDA FC.

“KDA FC menjadi kelab bola sepak pertama yang menjalin kerjasama dengan kami. Apabila penyokong KDA FC membuat langganan kad sim edisi khas ini, terdapat peratusan tertentu yang akan disalurkan kepada kelab bagi sebagai pembahagian hasil.

“Itu bermakna kalangan penyokong boleh menyumbang kepada pasukan dengan melanggan kad sim ini. Kami menyasarkan sebanyak 100,000 pendaftaran kad sim edisi khas KDA FC, pada tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya