FAM tidak cerita perkara sebenar di sebalik kegagalan Harimau Malaya - Utusan Malaysia

FAM tidak cerita perkara sebenar di sebalik kegagalan Harimau Malaya

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku di sebalik kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF di Singapura, tahun lalu.

Katanya, FAM dan bekas ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe tidak menjelaskan situasi sebenar mengapa pemain seperti Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa dan Syamer Kutty Abba tiada dalam pasukan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut difahamkan Malaysia sepatutnya menghantar skuad bawah 23 (B-23) ke kejohanan itu tetapi tidak tahu mengapa tiba-tiba pemain senior berada di sana.

Kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, beliau terpanggil untuk membuat pendedahan kerana melihat FAM tidak memberi penjelasan yang jelas kepada media sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

MENGIKUT perancangan asal, Malaysia sepatutnya menghantar skuad Bawah 23 ke Piala AFF di Singapura.

“Ada pandangan mengatakan saya tidak melepaskan pemain dalam pasukan kebangsaan, namun ia tidak benar kerana kenapa Arif Aiman (Hanapi) yang juga pemain paling bernilai (MVP) JDT diberikan peluang menyertai skuad negara.

“Mengenai senarai pemain yang dipanggil harus diberikan kepada saya terlebih dahulu, ia SOP buat FAM untuk mendapatkan pemain mana-mana kelab dan ia diberikan kepada semua pasukan di Malaysia.

“Justeru, bagi saya spekulasi mengenai tangan ghaib itu adalah cerita dongeng sahaja.

ARIF Aiman Hanapi mempamer aksi yang agak memberangsangkan bersama skuad senior.

“Malah, perubahan perancangan pada saat akhir juga berlaku kerana saya difahamkan, sepatutnya skuad bawah 23 yang dihantar pada saingan Piala AFF lalu.

“Namun, sebaliknya berlaku dan mereka juga tidak maklumkan kecederaan yang dialami oleh pemain JDT seperti Syamer Kutty Abba, Natxo Insa, Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong dan Ramadhan Saifullah,” katanya dalam wawancara bersama Astro Arena.

Katanya, FAM gagal menceritakan perkara yang berlaku kepada media hingga terlalu banyak spekulasi ditimbulkan penyokong.

TAN CHENG HOE

Kata Tunku Ismail, Cheng Hoe turut mempunyai kesilapan ketika mengendalikan pasukan kerana gagal menunjukkan kepimpinan terbaik dan menjaga keharmonian pemain.

“Saya mendapatkan laporan ada pemain yang berada di papan putih untuk menunjukkan perancangan taktikal kepada pemain lain dan perkara itu tidak terjadi di mana-mana pasukan di dunia.

“Bagi saya, jurulatih jangan bersikap terlalu lembut kepada pemain kerana tugas jurulatih untuk mengetuai pasukan dan juga suasana di bilik persalinan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.