Djokovic memang cari ‘masalah’ - Utusan Malaysia

Djokovic memang cari ‘masalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Peluang Novak Djokovic untuk mempertahankan kejuaraan Grand Slam Terbuka Australia bukan sahaja semakin sukar, malah dia berdepan risiko dihukum gara-gara me­langgar peraturan Covid-19 di tiga buah negara.

Bintang tenis No. 1 dunia itu didakwa melakukan pelanggaran tersebut di Australia, Sepanyol dan Serbia, malah dia mengakui telah melanggar pe­raturan kuarantin.

Semalam, jaguh Serbia itu membuat pengakuan dia menghadiri wawancara bersama akhbar Perancis, L’Equipe di Belgrade pada 18 Disember, hanya dua hari selepas disahkan positif ­Covid-19.

Sumber mendedahkan, Djokovic turut melanggar per­aturan perjalanan kecemasan­nya ke Sepanyol ketika melawat Marbella bulan lalu.

“Saya bertanggungjawab untuk meneruskan dan me­ngendalikan wawancara tersebut kerana saya tidak mahu mengecewakan wartawan itu,” kata Djokovic.

Djokovic turut dikecam ke­rana bergambar tanpa memakai pelitup muka ketika menyampaikan anugerah kepada bakat muda Serbia, 17 Disember lalu.

Pemilik 20 gelaran Grand Slam itu berdepan siasatan lanjut ke­rana perjalanannya ke Sepanyol mungkin melanggar syarat kema­sukan ke negara itu selepas sumber mengesahkan dia gagal mendapat kelulusan untuk meninggalkan Belgrade.

Pendedahan itu akan memberi tekanan kepada Djokovic, yang masih boleh dihalau dari Australia kerana tidak mendapatkan suntikan vaksin lengkap dan menipu maklumat dalam borang perjalanannya.

Sebelum ini, Djokovic memberitahu pihak berkuasa Australia dia tidak melakukan sebarang perjalanan dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaannya pada 6 Januari, namun beberapa hantaran di media sosial menunjukkan dia berada di Sepanyol dan Serbia.

Sementara itu, nama Djokovic tetap dimasukkan dalam undian utama Terbuka Austra­lia, di mana dia dijadual berdepan rakan senegara, ­Miomir Kecmanovic di pusi­ngan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN