Djokovic berisiko dipenjara akibat 'berbohong' - Utusan Malaysia

Djokovic berisiko dipenjara akibat ‘berbohong’

NOVAK Djokovic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Novak Djokovic berisiko berdepan hukuman penjara atas dakwaan menipu dalam maklumat pada borang perjalanannya kerana terdapat bukti gambar jelas menunjukkan dia mengembara sebelum ke Australia.

Ketika ini, pegawai pasukan sempadan Australia sedang menyiasat sama ada pemain No.1 dunia itu tidak melawat negara lain selain permohonannya untuk terbang ke Australia.

Pemain yang terkenal sebagai anti-vaksin itu mendakwa dia tidak berada di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum mendarat di Australia, namun terdapat gambar menunjukkan dia berada di dua buah negara dalam tempoh tersebut.

Bintang tenis itu yang menetap di Monte Carlo, Monaco dirakam sedang bermain tenis di ibu kota Serbia, Belgrade pada 25 Disember sebelum pemain itu dilaporkan menjalani latihan di Sepanyol pada 31 Disember.

Djokovic bagaimanapun menandakan ‘tidak’ pada borang deklarasi perjalanan yang dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan, kelmarin.

Dia kemudian menjelaskan, apa yang berlaku ketika mengisi borang adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pasukannya.

“Saya telah mengemukakan surat diwakili oleh pasukan sokongan saya.

“Seperti yang diberitahu kepada pegawai imigresen semasa ketibaan, saya dan ejen memohon maaf atas kesilapan menanda pada kotak yang salah tentang perjalanan sebelum datang ke Australia.

“Perkara itu adalah satu kesilapan dan sememangnya tidak disengajakan. Hari ini, pasukan saya telah memberikan maklumat tambahan kepada kerajaan Australia untuk menjelaskan perkara ini,” kata Djokovic.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia memberi amaran kepada pemberi maklumat bahawa menyampaikan maklumat palsu atau mengelirukan kepada kerajaan adalah kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penjara 12 bulan jika disabit kesalahan. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.