ATM Guardians 'semput' sebelum menang - Utusan Malaysia

ATM Guardians ‘semput’ sebelum menang

ATM Guardians diberi tentangan sengit oleh pendatang baharu Premier, Putrajaya Cyborg sebelum menang dalam pertarungan tiga set.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Turun sebagai antara calon untuk mencabar kejuaraan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians memulakan kempen musim baharu dengan langkah kanan selepas menumpaskan Putrajaya Cyborg dalam aksi pembukaan Premier di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kemenangan bagaimanapun tidak diraih dengan mudah apabila naib juara Premier musim lalu itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-19, 16-21, 21-14 ke atas naib juara Divisyen 1 2020, Putrajaya.

Selepas menang 21-19 di set pembukaan,  ATM diberi tentangan sengit pada set kedua sebelum akur dengan serangan-serangan hebat lawan apabila kalah 16-21.

Pengalaman ATM yang turut menduduki tangga ketiga Piala Juara-Juara musim lalu membolehkan mereka bangkit memenangi set penentuan 21-14 untuk meraih suntikan moral sebelum turut ke gelanggang esok.

ATM Guardians bakal berdepan cabaran lebih getir esok apabila berdepan juara bertahan, Kuala Lumpur Thunder dalam pertemuan ‘buku bertemu ruas’ pukul 8 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.