JAKARTA: Jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo dilaporkan hilang sabar dengan jawatankuasa Piala AFF 2021 di Singapura berhubung makanan halal yang disediakan untuk pasukan juara bertahan itu.
CNN Indonesia melaporkan, Hang Seo telah menyatakan bantahan berhubung makanan untuk pasukan kebangsaan Vietnam sejak tiba di Singapura.
Jurulatih Korea Selatan itu berkata, pemain Vietnam menghadapi kesukaran dengan menu makanan halal yang disediakan jawatankuasa Piala AFF 2021 ketika berada di hotel.
Hang Seo menganggap makanan halal yang dihidangkan sebagai ‘menu sukar ditelan’.
Pemain pasukan kebangsaan Vietnam menghadapi kesukaran dengan menu makanan ayam dan ikan yang disediakan oleh jawatankuasa itu.
Hang Seo telah menuntut jawatankuasa itu menyediakan makanan daripada daging babi atau daging lembu untuk pemain pasukan kebangsaan Vietnam.
Namun hingga perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF 2021 menentang Laos hari ini, belum ada perubahan pada menu makanan.
Dipetik daripada The Thao 247, Hang Seo dilaporkan jengkel dengan jawatankuasa Piala AFF 2021.
Jurulatih yang membawa Vietnam memenangi Piala AFF 2018 menyangka jawatankuasa itu sengaja menjatuhkan pasukan The Golden Star.
Sebab itu Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) meminta bantuan masyarakat Vietnam di Singapura untuk menyediakan makanan daripada daging babi untuk skuad itu.