Nicol 'sambut' pelancong ke Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Nicol ‘sambut’ pelancong ke Pulau Pinang

NICOL David terharu dilantik sebagai Duta Pelancongan Pulau Pinang 2022. - Ihsan FB NICOL DAVID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda skuasy, Datuk Nicol David terharu dan gembira dilantik sebagai Duta Pelancongan Pulau Pinang 2022.

Juara dunia lapan kali itu menyifatkan pelantikan tersebut sebagai detik bersejarah dan satu penghormatan buat dirinya.

“Ini hari yang sangat bermakna bagi saya sebagai anak jati Pulau Pinang. Satu penghormatan besar buat saya untuk menerima pelantikan daripada kerajaan negeri sebagai Duta Pelancongan Pulau Pinang bagi 2022.

“Sudah menjadi impian yang lama terpendam buat saya untuk menyumbang kembali kepada negeri tercinta yang memberikan saya banyak sokongan dan bantuan selama bertahun-tahun.

“Ia juga hadir pada masa yang istimewa kerana saya ingin membantu Pulau Pinang bangkit lebih kuat daripada pandemik serta mempamerkan kampung halaman saya yang indah kepada rakyat tempatan dan dunia.

“Jadi sertai saya tahun depan kerana saya akan membawa anda menjelajah dan meneroka keindahan serta menikmati warna-warni kampung halaman saya yang tercinta.

“Saya mengalu-alukan anda hadir dan memeriahkan kampung halaman saya, Pulau Pinang,” kata Nicol dalam Facebook.

Nicol, 38, muncul juara individu wanita dunia sebanyak lapan kali pada 2005 (Hong Kong), 2006 (Belfast), 2008 (Manchester), 2009 (Amsterdam), 2010 (Sharm El Sheikh), 2011 (Rotterdam), 2012 (Grand Cayman) dan 2014 (Kaherah).

Selain itu, dia turut memenangi dua pingat emas Sukan Komanwel (New Delhi 2010 dan Glasgow 2014), lima emas individu Sukan Asia (1998, 2006, 2010, 2014 dan 2018) dan tiga emas Sukan Dunia (2005, 2009 dan 2013).

Secara keseluruhan, dia meraih 81 kejuaraan sepanjang karier selama hampir dua dekad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.