Jurulatih TRT meninggal dunia akibat jangkitan kuman - Utusan Malaysia

Jurulatih TRT meninggal dunia akibat jangkitan kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Pasukan Ragbi Terengganu (TRT), Izaimi Zainuddin, 48, meninggal dunia hari ini akibat jangkitan kuman.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 4.45 petang.

Jurulatih kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu dimasukkan ke HKL pada Selasa lalu bagi menjalani pembedahan kerongkong.

Izaimi yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu merupakan watak penting yang membawa Terengganu menjulang Piala Agung pada 2019 sekali gus mengetepikan Sabah dalam perlawanan akhir.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, Selangor, awal pagi esok.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Terengganu (PRT), Amir Amri Muhammad menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat arena ragbi negeri ini.

“Arwah merupakan tulang belakang kejayaan TRT, malah banyak menyumbang tenaga dan idea dalam membangunkan sukan ragbi di Terengganu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya