Chong Wei teruja akhirnya terima segulung ijazah - Utusan Malaysia

Chong Wei teruja akhirnya terima segulung ijazah

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Datuk Lee Chong Wei di Balai Menghadap Hijau Istana Arau, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Menyifatkan dirinya sebagai ‘budak malas baca buku’ dan tidak pernah terbayang akan menerima segulung ijazah, le­genda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terharu kerana akhirnya dapat merasai suasana konvokesyen.

Semalam, pemenang tiga pi­ngat perak Sukan Olimpik itu menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti dalam sidang satu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalul­lail.

“Tidak pernah sangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.

“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Saya bertekad akan terus berusaha untuk menyumbang dalam arena sukan Malaysia, semampu yang boleh.

“Mak pasti paling gembira saya rasa, akhirnya anak ada peluang sertai konvoke­syen pakai topi empat segi. Tetapi baru ­perasan tadi, bulat pulak rupa­nya…

“Kepada sesiapa yang hendak bagi bunga konvo kepada chong wei, Chong Wei minta sejambak kubis boleh?,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.