Azurin tidak sabar sahut cabaran ‘mahal’ di India - Utusan Malaysia

Azurin tidak sabar sahut cabaran ‘mahal’ di India

NURUL Azurin Mazlan berlepas ke India, Rabu lalu untuk beraksi dalam Liga Amatur India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan kini dalam pro­ses menyesuaikan diri sebaik sahaja tiba di India untuk memulakan ‘penggembaraan baharu’ dalam karier bola sepak­nya.

Katanya, semua berjalan lancar dan tiada masalah kerana dia sememangnya suka mencari cabaran baharu.

“Baik-baik sahaja, segalanya buat masa sekarang tiada sebarang masalah untuk saya di sini.

“Cuaca juga okay 18 darjah celcius ketika sesi latihan pagi tadi (semalam),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tonggak skuad bola sepak wanita kebangsaan berusia 21 tahun itu ditawarkan beraksi selama dua bulan bersama sebuah kelab Liga Amatur India dan difahamkan Azurin akan diper­kenalkan secara rasmi esok oleh kelab berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, demi mencari pe­ngalaman ‘mahal’, Nurul ­Azurin sedia menerima tawaran beraksi di sebuah negara yang cukup ­asing buatnya.

Keberanian untuk berkelana turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutama bekas-bekas pemain, malah media sosial Azurin juga dihujani kata-kata semangat daripada rakan sepasukannya.

Nurul Azurin mula mencuri tumpuan selepas beraksi cemerlang ketika Malaysia me­numpaskan Palestin 2-0 pada Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya