Apek sedia kecewakan Billy - Utusan Malaysia

Apek sedia kecewakan Billy

KHAIRUL Fahmi Che Mat dalam sesi latihan di Stadium Yishan, Singapura semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi cemerlang penjaga gol Kebangsaan, Khai­rul Fahmi Che Mat sekali lagi ditagih pasukan negara dalam aksi kedua Kumpulan B, Piala AFF menentang Laos hari ini.

Kata Khairul Fahmi, kemenangan ke atas Kemboja me­ningkatkan keyakinan pasukannya untuk turun dalam aksi kedua.

Kemenangan turut memberi keyakinan kepadanya untuk mengawasi pergerakan pe­nyerang tinggi lampai Laos, Billy Ketkeophomphone yang mampu menjadi ancaman terbesar.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek me­ngakui, Billy yang beraksi dalam liga kedua Perancis bersama USL Dunkerque memiliki kua­liti yang harus diberi perhatian oleh barisan pertahanan.

BILLY Ketkeophomphone mampu menjadi ancaman utama Harimau Malaya.

“Kita tahu kualiti dia (Billy), jadi kami semua kena berwaspada dengan pemain utama Laos itu.

“Jurulatih Tan Cheng Hoe ada tunjuk video cara Laos bermain, apa yang kami dapat itu, kami kena gunakan di atas padang nanti.

“Sudah tentu kami inginkan kemenangan, misi utama adalah dapat tiga mata.

“Bagi saya sendiri mahu pa­stikan gawang tidak dibolosi dan pemain lain pula pasti mahu mendapatkan jaringan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, semalam.

Meskipun menang aksi pertama, Apek mengakui, ba­nyak kelemahan perlu diperbaiki pa­sukan, namun percaya permainan akan meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Saya gembira dengan kemenangan itu tetapi kita boleh tingkatkan lagi permainan kita dan aksi pertama menyerlahkan banyak kelemahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya