Undian getir menanti PSG - Utusan Malaysia

Undian getir menanti PSG

GABRIEL Jesus meledak gol kemenangan Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kekalahan 1-2 kepada Manchester City awal pagi tadi bakal meletakkan Paris Saint-Germain (PSG) berdepan undian sukar dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Biarpun bermula baik di Etihad dengan mendahului menerusi Kylian Mbappe pada minit ke-50, namun Raheem Sterling dan Gabriel Jesus memastikan City meraih tiga mata berharga.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Citizens melangkah ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan A.

KYLIAN Mbappe memberi permulaan baik buat PSG dengan meledk gol pertama.

Sebelum perlawanan bermula, pengendali PSG, Mauricio Pochettino sudahpun berdepan detik sukar apabila diasak soalan berkenaan perpindahannya ke Manchester United dalam sidang akhbar.

“Pemain tahu situasi kami. Kami hidup dalam dunia yang mana khabar angin sentiasa bertiup, ada masa positif, ada masa negatif,” kata Pochettino menjawab spekulasi dia akan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

MAURICIO POCHETTINO

Musim pertama pengendali dari Argentina itu di Perancis tidak mudah walaupun skuadnya dibarisi bintang, namun kini mereka kini mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 11 mata.

Kehadiran Lionel Messi untuk bergandingan dengan Mbappe dan Neymar menyebabkan jangkaan semakin memuncak untuk Pochettino membawa mahkota Liga Juara-Juara ke Paris buat julung kalinya.

Begitupun kini mereka dijangka berdepan gergasi Eropah seperti juara bertahan, Chelsea, Bayern Munich atau Liverpool pada peringkat kalah mati.

City pula mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dengan kelebihan empat mata ketika saingan berbaki satu perlawanan. PSG pula mara sebagai naib juara apabila RB Leipzig membelasah Club Brugge 5-0. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya