Thiago mula tunjuk ‘taring’ di England - Utusan Malaysia

Thiago mula tunjuk ‘taring’ di England

THIAGO Alcantara meraikan jaringannya ketika menentang Southampton semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Selepas agak lama tenggelam dan sering dibayangi kecederaan, Thiago Alcantara mempamer satu lagi sentuhan hebat ketika membantu Liverpool membelasah Southampton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Perancang utama Sepanyol itu turut muncul pemain terbaik Reds ketika membenam Arsenal juga dengan keputusan 4-0 ming­gu lalu.

Dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Porto, Rabu lalu, Thiago, 30, menamatkan kemarau jaringan tujuh bulan dengan meledak gol dari jarak 25 ela untuk membantu kemenangan 2-0 pasukannya.

Semalam, Diogo Jota meledak dua gol, Thiago menambah satu jaringan dan Virgil van Dijk melengkapkan gol keempat untuk memberi satu lagi kemenangan besar buat Liverpool di Anfield.

Selepas gagal mengukuhkan kedudukan di England sejak tiba dari Bayern Munich de­ngan yuran perpindahan 20 juta pound (RM113.12 juta) tahun lalu, sentuhan hebat yang kembali ditemui Thiago memberi khabar buruk buat musuh mereka, kata legenda England, Gary Lineker.

“Kita tahu Thiago pemain yang bagus, namun masalah kecederaan ketika tiba di Li­verpool membuatkan dia gagal menyerlahkan kemampuan sebenar di awal musim.

“Sekarang, Thiago sudah ­kerap mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan kita boleh nampak kelebihan yang dimiliki Liverpool dengan mempunyai pemain sepertinya di bahagian tengah.

“Seandainya Liverpool menjuarai Liga Perdana atau Liga Juara-Juara musim ini, saya pasti Thiago sebahagian tonggak penting pasukan,” kata Lineker.

Bekas penyerang Newcastle dan England, Alan Shearer turut memuji impak Thiago dalam Liverpool.

Beliau percaya, bekas bintang Barcelona itu menemui sentuhan pada masa tepat ketika Reds bersaing se­ngit untuk kedudukan teratas liga dan Eropah.

“Sentuhan yang dimiliki membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Dia sudah kembali me­nemui prestasi lama.

“Semua pertahanan lawan tahu apa yang bakal menanti kerana Thiago memiliki kemahiran yang bagus,” kata ­Shearer. ­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya