Rangnick mampu pancing Haaland ke Old Trafford - Utusan Malaysia

Rangnick mampu pancing Haaland ke Old Trafford

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hubungan baik pe­ngurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick dengan Erling Haaland diharap mampu membantu mereka membawa penyerang sensasi Norway itu ke Old Trafford musim ini.

Haaland, 21, yang kini me­nyarung jersi Borussia Dortmund menjadi rebutan kelab ternama Eropah, termasuk Manchester City, Liverpool, ­Chelsea dan Real Madrid.

City dikatakan menjadi pilihan untuk mendapatkan Haaland kerana bapa pemain itu pernah beraksi buat mereka, manakala Real sudah memulakan langkah membawa masuk bintang muda tersebut.

Begitupun kehadiran Rangnick di Old Trafford menjadikan United pencabar baharu untuk membeli pemain itu.

Rangnick membawa Haaland dari Molde ke RB Salzburg, dua tahun lalu ketika menjadi pe­ngarah bola sepak kelab Austria tersebut.

Perpindahan Haaland ke Salzburg melonjakkan namanya dan setahun kemudian dia di­sambar Dortmund.

Dianggap aset paling ‘panas’ di Eropah, Haa­land bagaimanapun mempu­nyai klausa perpindahan 64 juta pound (RM362 juta) untuk ditebus mana-mana pasukan yang berminat mendapatkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya