Raducanu tenang diserang kritikan - Utusan Malaysia

Raducanu tenang diserang kritikan

REAKSI Emma Raducanu (kanan) ketika tewas kepada pemain China, Wang Xinyu dalam aksi pembukaan tenis Wanita Upper Austria di Linz, Austria kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

LONDON: Pemain remaja sensasi, Emma Raducanu me­negaskan, dia mahu kekal fokus dalam karier tenisnya selepas dihimpit kritikan hebat susulan terkeluar daripada kejohanan Upper Austria Ladies Linz kelmarin.

Turun sebagai pilihan utama, Raducanu bagaimanapun tersungkur seawal pusingan pertama 1-6, 6-7 (0/7), 5-7 kepada pemain China, Wang Xinyu di TipsArena Linz.

Ujar Raducanu, dia sentiasa kekal positif dan sudah menjangkakan ‘serangan’ tersebut akan muncul sejak memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lalu.

“Saya fikir ramai orang yang akan mempunyai pendapat tentang saya dan apa yang saya lakukan. Apa yang saya tahu, saya mahu kekal fokus dengan semua orang yang ada di sekeli­ling saya.

“Saya mempunyai ibu bapa, di mana mereka akan 100 peratus memberi nasihat kepada saya jika saya terpesong dari misi saya. Saya rasa selesa ber­ada dalam zon sebegini,” kata Raducanu.

Jurulatih skuad ragbi England, Eddie Jones antara yang tampil mengkritik prestasi pemain berusia 18 tahun itu selepas tersungkur di Upper Austria Ladies Linz, termasuk Terbuka Transylvania bulan lalu.

“Perkara yang terbesar dihadapi pemain muda adalah gangguan…gangguan di mana mereka terdedah kepada media, menerima pujian dan juga kritikan. Ada sekumpulan ejen yang melihat mereka ini sebagai aset terpenting.

“Itu yang berlaku terhadap pemain tenis muda yang memenangi Terbuka AS tempoh hari apabila dia gagal untuk memperoleh kejayaan selepas itu,” kata jurulatih tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya