Perak terkejut terima RM35,000 - Utusan Malaysia

Perak terkejut terima RM35,000

SUBAHAN Kamal (depan, dua dari kanan) menyampaikan cek hadiah kemenangan kejohanan Hoki Piala Tun Razak kepada Mohd. Sayuti Abdul Samat di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan hoki Perak terkejut menerima cek bernilai RM35,000 atas kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Cek kemenangan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yang datang ke Perak bersama ‘rombongan’ dari MHC iaitu Timbalan Presiden, Datuk Profesor Dr. S. Shamala; Naib Presiden, Hasnizam Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif, Norfaraha Hashim .

Menurut Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd. Sayuti Abdul Samat, beliau terkejut menerima cek RM35,000 kerana tahun lalu hadiah kejuaraan adalah RM10,000.

“Alhamdulillah, terima kasih MHC kerana menaikkan hadiah wang tunai selaku juara kejohanan Piala Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Sayuti berkata, PHP turut menerima khabar gembira apabila ‘kerabat’ mereka akan bertambah apabila disertai dua lagi daerah iaitu Larut Matang dan Selama (LMS) dan Bagan Datuk.

PEMAIN Perak ketika meraikan kejayaan menjuarai Piala Tun Razak baru-baru ini.

Katanya, ini menjadikan jumlah ahli gabungan PHP sekarang ialah 11 daerah.

Katanya, sebelum ini PHP terdiri sembilan ahli gabungan iaitu Pengkalan Hulu, Kerian, Kuala Kangsar, Kinta (Batu Gajah), Batang Padang, Muallim, Teluk Intan, Manjung dan Kampar.

Majlis penerimaan ahli gabungan Larut Matang dan Selama dan Bagan Datuk diadakan pada mesyuarat PHP bersama MHC di sini semalam.

Menurut Sayuti, beliau berjanji untuk memberi setiap persatuan daerah sumbangan subsidi dan gembira dapat melaksanakan janjinya itu.

“Itu janji saya ketika mula menjawat jawatan Presiden PHP untuk memberi subsidi kepada ahli gabungan tahun lalu,” katanya.

Selain itu katanya, PHP juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Amir Sports untuk penajaan jersi bagi musim 2021 hingga 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.