Peng Shuai selamat di Beijing - Utusan Malaysia

Peng Shuai selamat di Beijing

PRESIDEN IOC, Thomas Bach berbual selama 30 minit bersama Peng Shuai semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Peng Shuai mengesahkan, dia dalam keadaan selamat dan baik menerusi satu panggilan video bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), kelmarin.

IOC dalam satu kenyataan memberitahu, Presidennya, Thomas Bach telah meluangkan masa selama 30 minit bersama bintang tenis China itu dan bertanyakan khabar,

“Dia dalam keadaan baik, di mana sebelum ini kami sangat bimbang dengan keadaannya,” ujar Bach menerusi kenyataan tersebut.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

PENG SHUAI 

Peng Shuai terdahulu membuat hantaran di laman sosial China, dengan mendakwa bekas Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak termasuk bintang-bintang antarabangsa, dengan mendesak kerajaan China membuktikan Peng Shuai dalam keadaan selamat.

“Pada permulaan panggilan selama 30 minit itu, Peng Shuai mengucapkan terima kasih kepada IOC atas keprihatinan terhadap kesejahteraannya.

“Peng Shuai menjelaskan bahawa dia selamat dan sihat serta sedang menetap di rumahnya di Beijing. Dia bagaimanapun menginginkan ruang privasi pada masa ini dan berharap semua orang menghormatinya.

“Dia lebih gemar menghabiskan masanya dengan rakan dan keluarga sekarang. Namun begitu, dia tetap akan terus terlibat dalam tenis,” tambah IOC.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya