Kedudukan Solskjaer kembali panas - Utusan Malaysia

Kedudukan Solskjaer kembali panas

Ole Gunnar Solskjaer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mengakui, Manchester United gagal mencapai standard selepas sekali lagi dimalukan di Old Trafford apabila tumpas 0-2 kepada seteru sebandar, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Jaringan sendiri sendiri Eric Bailly dan Bernardo Silva pada separuh masa pertama menyerlahkan kelemahan skuad bimbingan Solskjaer.

David De Gea sekurang-kurangnya mengelakkan United kalah lebih teruk seperti ketika dimalukan 0-5 oleh Liverpool, dua minggu lalu dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.

Selepas membenam Tottenham 3-0 dalam aksi terakhir liga di tempat lawan minggu lalu, kedudukan Solskjaer sebagai pengurus selamat seketika.

DAVID DE GEA

Kekalahan terbaharu ini, iaitu kali keempat berturut-turut mereka keciciran mata di Old Trafford menyebabkan Solskjaer kembali diperhatikan.

“Ada pemain yang boleh diberi pujian tapi secara keseluruhan kami tidak berada di tahap sebenar.

“Tahap piawaian perlu dinaikkan,” kata Solskjaer.

Bernardo Silva meraikan gol kedua Manchester City di Old Trafford malam tadi.

Biarpun mengalami kekalahan kelima musim ini dan meletakkan mereka di tangga kelima liga, pengendali dari Norway itu menegaskan dia akan terus bersama kelab sehingga dimaklumkan oleh pihak pengurusan tertinggi mengenai statusnya.

“Kami perlu memandang ke depan. Saya tidak kata, ini adalah corak permainan yang saya mahukan untuk United.

“Saya mahu yang terbaik untuk Manchester United. Selagi saya masih di sini, saya mahu lakukan apa yang boleh untuk memperbaiki keadaan ini,” katanya.

United hanya menang satu dari enam perlawanan terakhir Liga Perdana untuk meletakkan pasukan itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.