fbpx

30 Jun 2022, 9:23 am

  TERKINI

Jawatan GM Perak FC wujud lagi ke tak?

AZMAN NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh terkejut dengan tindakan kelab melantiknya sebagai ahli lembaga Pengarah, semalam.

“Saya terkejut apabila membaca mengenai tindakan itu melalui WhatsApp yang tular kerana tidak dibe­ritahu apa-apa sebelum ini.

“Bagaimana dengan jawatan GM. Sudah tidak ada GM kah Perak FC,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Piala Malaysia antara Perak dengan Selangor di Stadium Perak kelmarin.

Azman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Man juga bertanya mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu kerana merasakan ada yang tidak kena.

Menurutnya, Perak FC pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan melantik CEO baharu selepas peletakkan jawatan, Rizal Ali Naiz Ali.

Selain kenyataan itu Azman menyoal pelantikan Hairul Anwar Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC kerana dia Exco Pafa,

“Jika mengikut peraturan FAM orang FA (persatuan bola sepak) tidak boleh pegang jawatan dalam FC.

“Dia kena lepas jawatan FA dahulu jika ingin menjawat jawatan CEO,” tambahnya.

Perak FC kini hanya mempunyai dua lembaga Pengarah iaitu Ahmad Yani Aminuddin dan Joharudin Johar Ali selepas Exco Belia dan Sukan Khairul Shahril Mohamed serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Sham Mat Sahat meletak jawatan September lalu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI