fbpx

Jangan ‘tekan’ Aifa untuk ganti Nicol David

AIFA Azman melakar kejayaan sensasi menjuarai Terbuka Malaysia kelmarin selepas mengejutkan pemain No. 8 dunia dari Mesir, Salma Hany.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Beliau dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bangga terhadap kejayaan pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman yang mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan di Terbuka Malaysia semalam.

Menurutnya, namun pemain berusia 19 tahun itu tidak sepatutnya diberikan tekanan untuk menggantikan tempat bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Beliau berkata, Aifa sebaliknya perlu terus diberikan sokongan untuk memenangi lebih banyak kejohanan.

“Saya memang kagum dengan pencapaian Aifa. Dia seorang pemain yang amat berpotensi, pencapaian terbaru ini amat membanggakan di gelanggang sendiri kita selaku tuan rumah.

“Saya harap dia akan terus berjaya namun kita tak perlu berikan tekanan cukup kuat yang terlalu besar kepadanya untuk menggantikan Nicol David atau sebagainya.

“Tetapi kita berdoa, bagi sokongan kepadanya supaya dia dapat mengibarkan panji-panji negara dalam semua kejohanan yang dia sertai dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Derma Darah Perak Foodbank Bersama Kiwanis Jelapang di sini hari ini.

Aifa mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan di kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia semalam.

Pemain itu menundukkan pilihan pertama dari Mesir, Salma Hany 12-10, 11-8, 11-4 dalam tempoh 30 minit pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Aifa yang menduduki ranking ke-69 dunia layak beraksi dalam kejohanan bernilai RM209,000 itu atas tiket wild card (jemputan).

POPULAR

KOSMO! TERKINI