fbpx

26 Januari 2022, 7:41 am

  TERKINI

Hafizh bersaing untuk Honda dalam Kejuaraan Superbike Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan.

Pasukan MIE Racing Honda semalam mengumumkan, Hafizh akan berganding dengan pelumba Argentina, Leandro ‘Tati’ Mercado.

MIE Racing Honda yang merupakan pasukan satelit Honda akan menggunakan jentera CBR1000RR-R bikes untuk musim 2022.

Hampir sedekad berlumba dalam kejuaraan MotoGP dunia, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana telah meyakinkan MIE untuk mendapatkan Hafizh biarpun hanya mempertaruhkan seorang lagi sebelum ini.

“Saya berterima kasih kepada pasukan, terutama Midori Moriwaki dan Honda kerana kepercayaan yang diberikan kepada saya.

“Saya yakin, kami akan bekerjasama dengan baik dan harap dapat mencatat keputusan bagus. Seperti biasa, saya akan melakukan yang terbaik.

“Ini adalah cabaran baharu buat saya, dan saya teruja untuk memulakannya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, keluarga, rakan-rakan serta peminat yang berterusan memberi sokongan,” kata Hafizh.

POPULAR

KOSMO! TERKINI