fbpx

Giovane buat Sang Kancil menangis

J. Partiban (empat, kanan) meraikan gol pertama Kuala Lumpur City seawal minit kesembilan ketika menentang Melaka United dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Impian Melaka United untuk melangkah ke final buat kali pertama dalam sejarah 100 tahun Piala Malaysia musnah selepas 3-5 dalam penentuan sepakan penalti pada separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Perlawanan yang bermula lewat sejam akibat gangguan elektrik di stadium berakhir 1-1 sehingga tamat masa tambahan, sekali gus terikat secara agregat 2-2.

Keputusan itu memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti, yang menyaksikan Melaka kecewa apabila tendangan penyerang dari Brazil, Giovane Gomes sekadar mengenai tiang gol.

Ini kali pertama KL City melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sejak 1989, iaitu tahun ketika mereka muncul juara dengan mengalahkan Kedah 2-1 di Stadium Merdeka.

Pandangan dalam stadium ketika penonton menyalakan lampu.- UTUSAN/AMRAN MULUP

Perlawanan yang sepatutnya bermula pukul 9 malam tertangguh lebih sejam apabila berlaku beberapa kali gangguan elektrik di luar dan dalam stadium.

Akhirnya aksi yang ditunggu kira-kira 20,000 penonton bermula pada pukul 10.08 malam menyaksikan KL City mengasak awal.

Seawal minit ketujuh penyerang import tuan rumah dari Brazil, Giovane Gomes melakukan perubaan tetapi tidak menepati sasaran.

Serangan bertali arus dilakukan Melaka giliran Sony Norde meledakan sepakan kencang namun mudah ditangkap kemas penjaga gol, Kevin Ray Mendoza.

Kebuntuan jaringan gol akhirnya menjadi milik KL City pada minit ke sembilan menerusi sepakan mudah J. Partiban menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat buat pelawat mendahului 1-0.

PERTAHANAN Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco (kanan) bersaing dengan Melaka United FC, Giovane Gomes Da Silva dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. – UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD

Pada minit ke-19, pemain tengah tuan rumah, Ahmad Syamim Yahya hampa apabila percubaannya ditepis keluar oleh Mendoza.

Perlawanan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat.

Melaka hampa lagi untuk mencari gol penyamaan apabila sepakan Adriano Narcizo berjaya ditangkap kemas penjaga gol pelawat pada minit ke-31.

Pada minit ke-52 Melaka hampa lagi apabila percubaan kencsng Khairul Anwar Shahrudin ditepis keluar oleh Mendoza.

Tuan rumah terus menggandakan asakan giliran Manuel Ott pula kecewa menerusi sepakan lencong di sebelah kanan meliar keluar pada minit ke-59.

Akhirnya gol penyamaan yang dicari tuan rumah berhasil dijaringkan oleh pemain tengah Ahmad Syamim dalam keadaan kelam kabut di depan pintu gol KL City, dia mudah menyemak masuk menggegarkan pintu gol lawan pada minit ke-65.

POPULAR

KOSMO! TERKINI