Buktikan kuasa Tambadau - Utusan Malaysia

Buktikan kuasa Tambadau

PEMAIN Sabah sudah bersedia menerima kunjungan Kelantan FC malam ini dalam misi untuk bangkit memburu tiket suku akhir Piala Malaysia. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Masih belum terlewat buat Sabah FC melakukan kebangkitan dalam dua perlawanan terakhir di Stadium Likas dengan pungutan enam mata maksimum bakal menjanjikan tempat ke suku akhir.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mengharapkan pemain-pemain mampu kekal fokus selepas tumbang dua kali di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun tewas, Kim Swee berasakan majoriti pemain muda yang diturunkan dalam kedua-dua perlawanan tersebut telah mempelajari banyak pengalaman baharu berdepan pasukan yang berkualiti seperti JDT.

“Sabah memberi tumpuan penuh untuk kedua-dua perlawanan ini dan akan cuba perbaiki kelemahan pasukan selepas dua perlawanan dengan JDT.

“Saya rasa pemain muda yang diturunkan dalam perlawanan itu telah mendapat sesuatu yang berharga apabila berjumpa dengan pasukan yang boleh dikatakan terbaik dalam Liga Malaysia sebelum kita turun menentang Kelantan serta PJ City (Petaling Jaya City).

“Sudah tentu bermain di laman sendiri, sokongan penyokong amat ditagih kerana boleh menjadi motivasi buat kami terutama dalam mencari tiga mata penting ke atas Kelantan.

“Cukup penting kami memenangi perlawanan ini kerana hanya kemenangan sahaja membolehkan kami merapati kedudukan PJ City sebelum perlawanan terakhir dengan mereka, ” katanya.

Sabah setakat ini hanya meraih dua mata dari empat perlawanan apabila seri 1-1 dengan PJ City pada perlawanan pertama sebelum sekali lagi meraih satu mata apabila bertemu Kelantan dengan keputusan 2-2 di Kota Bharu.

Walaupun menduduki tangga terakhir Kumpulan B, Sabah masih berpeluang untuk mengulangi pencapaian pada 10 tahun lalu apabila layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Sementara itu, Kim Swee mengakui terpaksa terus bergantung kepada sebahagian besar pemain muda bagi hadapi Kelantan FC ekoran beberapa tonggak utama masih dilanda kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya