Bintang MU, TFC bawa khabar positif - Utusan Malaysia

Bintang MU, TFC bawa khabar positif

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya dalam persiapan menghadapi Piala AFF di Singapura, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Faisal Halim, Arif Fadzilah Abu Bakar serta Kharul Fahmi Che Mat sudah menutup buku lama dan sedia menyelak muka surat baharu sejurus dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang Piala AFF bulan depan.

Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe berkata, beliau sudah bercakap dengan ketiga-tiga pemain tersebut selepas Terengganu FC (TFC) dan ­Melaka United (MU) tewas pada separuh akhir Piala Malaysia, Jumaat lalu.

Bagaimanapun daripada tiga pemain itu, hanya pertahanan TFC, Arif Fadzilah tidak dapat hadir ke kem latihan pusat semalam kerana mengalami masalah kesihatan dan akan melaporkan diri hari ini.

“Tadi saya sempat berbincang dengan ketiga-tiga pemain ini dan mereka sudahpun melupakan kekalahan tersebut dan akan fokus kepada Harimau Malaya.

“Mereka ini sudah lama bermain bola sepak dan sudah tentu mereka boleh ­kendalikan yang mana yang perlu diberi keutamaan.

“Kami di barisan kejurulatihan sentiasa berfikiran positif dan teruskan fokus,” katanya pada latihan Harimau Malaya di Kelana Jaya, semalam.

Kini hanya Johor Darul Ta’zim melibatkan tujuh pemain dan Kuala Lumpur City (dua), selain empat pemain yang berpangkalan di luar ­negara belum melapor diri.

Dalam pada itu, penyerang Petaling Jaya City (PJ City), Darren Lok terpaksa dikeluarkan daripada kem latihan ke­rana masalah kecergasan.

“Atas nasihat pasukan perubatan, dia tidak dapat bersama skuad kebangsaan.

“Kami rasa sedih kerana selama ini beliau telah me­nunjukkan satu prestasi yang terbaik,” kata Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya