Tahniah Malaysian Tigers! - Arul - Utusan Malaysia

Tahniah Malaysian Tigers! – Arul

ARUL SELVARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih skuad Malaysian Tigers, Arul Selvaraj mengakui matlamat pasukannya di Siri Jelajah United Kingdom 2021 tercapai apabila menutup tirai kempen tersebut dengan menduduki ranking ke-10 terbaik dunia.

Arul kagum dengan prestasi anak-anak buahnya sepanjang beraksi dalam kempen tersebut dengan catatan tiga kemenangan dan satu tewas pada perlawanan ujian, manakala dua aksi persahabatan menentang Perancis, masing-masing seri 1-1 serta 2-2.

“Kami berjaya mencapai matlamat kami iaitu menamatkan siri ini dengan berada di kedudukan ke-10 terbaik dunia dan kami bermain enam perlawanan bertemu pasukan kebangsaan antarabangsa.

“Secara keseluruhan, bertemu dengan pasukan kebangsaan antarabangsa, dalam perlawanan ujian, kami menang tiga perlawanan dan tewas satu selain dua perlawanan persahabatan menentang Perancis kami seri kedua-dua perlawanan.

“Dapat juga dilihat peningkatan pemain dari segi rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang cara menjaga diri termasuk cara makan dan gaya hidup sebagai atlet,” katanya.

Skuad kebangsaan menutup tirai Siri Jelajah United Kingdom 2021 tersebut  dengan mengikat Perancis 2-2 dalam aksi persahabatan di Pusat Hoki Wales.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya